Assalamualaikum readers.
INII MONOLOG DALAMAN.
Alahai lemahh longlai je nak start type buat entry baru ni,bukan saja nak menambah jumlah entry or whatsoever,tp nak meluahkan sedikit sebanyak rasa hati yang dah lama terpendam dan tak terluah ni.Ahaaha.
Apa lagi hot story sekarang ni kan,tak lain pasal result yang baru release haritu.Actually aku pun macam lambat je bukak sbb jarang online nd busy during that period of time tapii last-last keluar nd dapat tengok + tatap jugak. Tulaah,sesiapa sahaja takyah la nak emo sangat result keluar lambat ke kan,akhirnya akan keluar jugak by hook or by crook.
1st impression tengok result tu,YA ALLAH nak baca start from mana ni? Mana satu result Module 4,5,6,7,Human Rights?
Entah fikiran bercelaru,goosebumps nd speechless.
Lepas tu blank kejap,then chatbox Amal (thanks) nd tanya hows nak taw semua then baru rasa cam tak noob macam sebelum tu.
Okayy dah dapat gambaran sebenar dalam dunia realiti.
Alhamdulillah,walaupun suwayyar-suwayyar je tapi again Alhamdulillah for takpayah nak repeat ke apa nasib baik.
Nak cakap berapa target pun tak berapa nak pasti sebab taktaw nak expect apa,nd result baru-baru first year ni beyond expectations. So ni kira macam evaluation year utk terus maju for the next time.InsyaALLAH.
Kalau rasa target tak berapa nak tercapai tu pun,aku kena kaji balik study skills adakah cukup bagus utk dapat result yang bagus,or cukup tak bagus utk dapat result yg bagus? Silap nd khilaf manusia ni sgt banyak. Kalau tak salah cara study pun. Kalau tak banyak berdosa dengan ALLAH,berdosa dengan manusia or alam sekitar ke. Kena sentiasa watch out. So dalam 2 minggu balance sebelum balik Egypt ni,aku kena cari kekuatan diri,fizikal nd mental utk terus bangun nd berpijak di bumi nyata tanpa ada rasa ragu-ragu lagi.Heh -_____-'
Study tu memang study jugak,tapi jangan kita lupa mencari keberkatan ALLAH yg akan sentiasa lead us to the right path.
Ketentuan ALLAH semua dah tertulis nd ada lesson yg kita belajar nd gain from anything pun yg ALLAH bagi.
Jangan kita terlalu leka dek kejayaan dunia,kegemilangan dunia sampai lupa kejayaan gemilang di akhirat sana.Tu yang important. Tapi since dekat dunia lah kita nak gain untuk akhirat kan?
So,takpayah nak rasa inferior sgt klaua kita sekarang beradaa di bawah. Nd tak perlu nak rasa superior sgt klau sekarang kita berada di atas.
Kegagalan/Ketidaknasibaikkan sekarang mungkin akan ALLAH gantikan dengan yg lebih bermakna buat kita. Ambil ibrah drpd setiap pengalaman yg telah kita lalui.
Jangan terlalu rasa pilu or whatsoever,sbb nanti risau ALLAH dah taknak bagi nikmat utk kita.
Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur. Aku sebenarnya sedang mendidik diri sendiri jugak sebenarnya.
Tulah,kata - kata Dr.MAZA dalam ceramah beliau sering terngiang-ngiang,kadang-kadang taraf syukur itu lebih tinggi daripada sabar. Sebab ramai orang boleh boleh sabar bila ditimpa musibah,tetapi berapa ramai orang yang masih bersyukur dengan nikmat yg ada sekarang? Actually, both complimentary laa. ALLAH Maha Adil, kalau bukan sekarang suatu hari kita pasti akan merasa kemenangan. Kalau kita selalu menang pulak,bila masa nak merasa kekalahan. Tiada ujian bermakna takde life lah kan.
Memang susah jugak nak didik jiwa & diri kita,tapi at least kita cuba sikit-sikit utk jadi lebih baik drpd sebelumnya.InsyaALLAH.
So,apa-apa pun aku sangat berharap dan minta kekuatan drpd ALLAH S.W.T supaya I can survive, achieve what I need nd what I want in life.
Most importantly,ALLAH akan bagi apa yang kita perlu. Yang kita mahu, kalau itu sebenarnya tak perlu utk kita,ALLAH tak kejam utk semua hambanya.
I LOVE THIS QUOTES,
"Manusia merancang dengan cita-cita, sedang Allah merancang dengan cinta. Bertenanglah, redhalah dan bersyukurlah walau secara kasarnya akal kau tak mampu meneka apa hikmahnya.
Kerja Allah banyak rahsianya"..
** Updates : Fill MARA Form nd so on,please pray for my success,thanks :)
Khalaas,dah lama tak mencoret-coret,sekian terima kasih!